Friday 9 November 2012

ALLAH selalu ada bersama kita



ALLAH selalu ada bersama kita..
cuma terkadang kita lupa bahawasanya ALLAH selalu bersama kita...memerhati kita..melindungi kita...menanti luahan hambaNYA...tidak pernah meninggalkan hambanya walaupon kurang sesaat..yang sentiase ada dari segala ketika...SENTIASA ADA...SENTIASA...SENTIASA ADA..SELALU ADA...SELALU...SELALU ADA...

Ketahuilah dunia hanya tempat persinggahan semata...
Ibu bapa,adik-beradik,saudara mara,suami,isteri,guru2,n sahabat2 hanya pinjaman sementara kita di dunia ini...yg bakal kita tinggalkan selamanya...
cuma ALLAH yang menentukan sama ada mereka bakal bersama kita di tempat yg kekal(akhirat kelak)..hanya ALLAH yg layak menentukan segalanya..
Ingat lah bahawasanya ALLAH selamanya ada bersama kita..SENTIASE ADA..
Jagalah perlakuan, perbuatan, pergerakan, percakapan, pendengaran, penulisan, pandangan dan segalanya...kerana ALLAH memerhati...memerhati dari segala segi...
tidak malukah kita ketika mana kita melakukan dosa??? sedangkan ALLAH sedang melihat...tidak malukah??
Malu…malu...malu…malu….sungguh malu…malu lah wahai diri…
Rendahkan lah dirimu..ketahuilah…sesungguhnya kita dtg dri benda yg hina(air mani) malu lah diri…jangan kau membongkakkan diri…sesungguhnya dtgnya dirimu dari sesuatu yg hina…tetapi ALLAH tinggikan martabatmu dari makhluk yang lain…tundukkan lah dirimu (menyembah) hanya ALLAH yang ESA…malulah di dalam melakukan dosa…malulah wahai manusia sekalian…

Persoalan kepada diri..
adakah selama ini semua yg dilakukan adalah benar mngikuti syariat ALLAH???
adakah semua yg dilakukan oleh diri ini disukai ALLAH???
adakah kita lakukan semua kerana ALLAH???
adakah diredhoi ALLAH???
adakah kita mngingati ALLAH selalu??
ALLAH kah matlamat hidup kita???

ALLAH lah segalanya...bukan manusia...bukan manusia...mahupun makhluk lain..
bukan mngejar adakah disukai manusia...ape yang dicari manusia lain...
bukan itu yang kita cari di dunia ini...
manusia bukan sesiapa...
cuma wasilah yg membwa kepada ALLAH 
mahupun yang memesongkan kita dr jln ALLAH...

JADI...siapa yg perlu kita ingati...MANUSIA  ATAUPUN ALLAH?????

apakah tugas kita sbgai hamba ALLAH di dunia ini??
adakah kita dicampakkan di dunia ini hanya untuk mngejar hiburan semata???
Apa guna hiburan???

Jangan kamu mengenepikan kenyataan yg sbnr...menolak kebenaran dan memberi ruang kepada kejahilan memenangi segalanya...
Terimalah segala kebenaran yang datangnya dari ALLAH…terima dengan hati yang terbuka..kaji dengan teliti segalanya sama ada yang dilihat, mahupun yang didengar..
Ikutlah panduan (Al- Quran dan Hadis ) yang Rasulullah tinggal kepada kita


smg kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindungan ALLAH selalu...
smg kita semua sentiasa diberi kerajinan untuk muhasabah diri dan bertaubat kepada ALLAH...

ketahuilah bahawasanya...sesungguhnya ALLAH selalu ada bersama kita..jadi jangan pernah putus asa dalam merubah diri ke arah yang lebih baik..


1 comment:

Recent Comments