Wednesday 9 March 2011

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH...(^_^)

Khas Buat Semua Pelajar Malaysia Di Jordan



PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH (PPI)



ANJURAN :

BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIK

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)

SESI 2010/2011





DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, JORDAN


DENGAN TEMA : "Tatkala minda dan hati berbicara, tinta menari meluah kata"


SASARAN :

Semua pelajar Malaysia yang menuntut Di Jordan dalam program ijazah sarjana muda (Universiti yang diiktiraf)...


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH :


1) Terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di JORDAN dalam program Ijazah Sarjana Muda.


2) Artikel hendaklah ditulis (penulisan sendiri) tetapi sebarang bentuk rujukan yang boleh menyokong idea adalah dibenarkan.


3) Artikel hendaklah ditulis berdasarkan kategori-kategori berikut :

Note : Jika ada yang nak buat lebih dari satu kategori pun boleh, InsyaAllah...


4) Setiap artikel hendaklah disokong dengan hujah-hujah sama ada dari nas-nas al-Quran,Hadith, pendapat-pendapat ulama’ ataupun bukti-bukti dari sirah ketamadunan Islam.Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sandaran hendaklah dinyatakan periwayatnya serta tahqiq dan takhrij hadith tersebut daripada ahli hadith.


5)Artikel hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitiviti mana-mana kaum dan agama lain serta tidak menyentuh isu-isu politik negara.


6)Tulisan hendaklah ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.Sebarang bahasa asing adalah dibenarkan dengan syarat ianya sesuai dengan kaedah-kaedah dan format penulisan.


7)Format penulisan adalah seperti berikut :

  • · Menggunakan font Arial 12
  • · Double spacing
  • · Tidak kurang dari 20 muka surat dan tidak melebihi 80 muka surat,tidak termasuk senarai rujukan.
  • · Menggunakan kertas A4 saiz
  • · Ditulis di dalam Bahasa Melayu

8)Penilaian Artikel :


8.1)Jawatankuasa Penilaian Artikel adalah dari mereka yang dilantik oleh Jawatankuasa Biro Pembangunan Minda & Akademik.


8.2)Penilaian Artikel akan diasaskan kepada perkara-perkara berikut :

  • * Isu artikel
  • * Pengolahan isi yang menarik beserta hujah dan contoh
  • * Data-data sokongan
  • * Bahasa

9)Keputusan pemenang akan dimaklumkan.

Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan adalah MUKTAMAD.


10)Artikel-artikel yang telah dihantar adalah menjadi hak milik penganjur.

Tarikh Tutup Pendaftaran :

11 Mac 2011


manakala...

Tarikh Akhir Penghantaran Karya :

26 April 2011


Yang penting sekarang ni, daftar dulu sebab tarikh pendaftaran berakhir 11 Mac 2011. Jangan Terlewat!


Then, baru start buat karya anda ala-ala tesis


Dapatkan Borang Pendaftaran Segera daripada :

Syabab : Muhammad Hibatul Muqlis Bin Badaruddin 0777107337

Akhawat : Rahil Mohd Ghazali 0777699057


Dan hantar kembali borang pendaftaran sebelum 11 Mac 2011

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002109425552&sk=wall

Video Pertandingan Penulisan Ilmiah :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002109425552&sk=wall#!/video/video.php?v=107197152693932


Anda ada tempoh hampir 2 bulan untuk menyiapkan karya ini dan hadiah lumayan menanti anda...


Jangan Lepaskan peluang ini!


Ayuh, sama2 serlahkan bakat yang terpendam melalui mata pena anda...

Moga Allah permudahkan urusan anda, InsyaAllah....

Wallhu'alam...

No comments:

Post a Comment

Recent Comments