Friday, 9 November 2012

ALLAH selalu ada bersama kita



ALLAH selalu ada bersama kita..
cuma terkadang kita lupa bahawasanya ALLAH selalu bersama kita...memerhati kita..melindungi kita...menanti luahan hambaNYA...tidak pernah meninggalkan hambanya walaupon kurang sesaat..yang sentiase ada dari segala ketika...SENTIASA ADA...SENTIASA...SENTIASA ADA..SELALU ADA...SELALU...SELALU ADA...

Ketahuilah dunia hanya tempat persinggahan semata...
Ibu bapa,adik-beradik,saudara mara,suami,isteri,guru2,n sahabat2 hanya pinjaman sementara kita di dunia ini...yg bakal kita tinggalkan selamanya...
cuma ALLAH yang menentukan sama ada mereka bakal bersama kita di tempat yg kekal(akhirat kelak)..hanya ALLAH yg layak menentukan segalanya..
Ingat lah bahawasanya ALLAH selamanya ada bersama kita..SENTIASE ADA..
Jagalah perlakuan, perbuatan, pergerakan, percakapan, pendengaran, penulisan, pandangan dan segalanya...kerana ALLAH memerhati...memerhati dari segala segi...
tidak malukah kita ketika mana kita melakukan dosa??? sedangkan ALLAH sedang melihat...tidak malukah??
Malu…malu...malu…malu….sungguh malu…malu lah wahai diri…
Rendahkan lah dirimu..ketahuilah…sesungguhnya kita dtg dri benda yg hina(air mani) malu lah diri…jangan kau membongkakkan diri…sesungguhnya dtgnya dirimu dari sesuatu yg hina…tetapi ALLAH tinggikan martabatmu dari makhluk yang lain…tundukkan lah dirimu (menyembah) hanya ALLAH yang ESA…malulah di dalam melakukan dosa…malulah wahai manusia sekalian…

Persoalan kepada diri..
adakah selama ini semua yg dilakukan adalah benar mngikuti syariat ALLAH???
adakah semua yg dilakukan oleh diri ini disukai ALLAH???
adakah kita lakukan semua kerana ALLAH???
adakah diredhoi ALLAH???
adakah kita mngingati ALLAH selalu??
ALLAH kah matlamat hidup kita???

ALLAH lah segalanya...bukan manusia...bukan manusia...mahupun makhluk lain..
bukan mngejar adakah disukai manusia...ape yang dicari manusia lain...
bukan itu yang kita cari di dunia ini...
manusia bukan sesiapa...
cuma wasilah yg membwa kepada ALLAH 
mahupun yang memesongkan kita dr jln ALLAH...

JADI...siapa yg perlu kita ingati...MANUSIA  ATAUPUN ALLAH?????

apakah tugas kita sbgai hamba ALLAH di dunia ini??
adakah kita dicampakkan di dunia ini hanya untuk mngejar hiburan semata???
Apa guna hiburan???

Jangan kamu mengenepikan kenyataan yg sbnr...menolak kebenaran dan memberi ruang kepada kejahilan memenangi segalanya...
Terimalah segala kebenaran yang datangnya dari ALLAH…terima dengan hati yang terbuka..kaji dengan teliti segalanya sama ada yang dilihat, mahupun yang didengar..
Ikutlah panduan (Al- Quran dan Hadis ) yang Rasulullah tinggal kepada kita


smg kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindungan ALLAH selalu...
smg kita semua sentiasa diberi kerajinan untuk muhasabah diri dan bertaubat kepada ALLAH...

ketahuilah bahawasanya...sesungguhnya ALLAH selalu ada bersama kita..jadi jangan pernah putus asa dalam merubah diri ke arah yang lebih baik..


Saturday, 12 March 2011

Tiket Pulang digenggaman tanganku...

Assalamualaikum membuka bicara...
hasrat di hati ingin menyampaikan berita...
sungguh gembira hati ini ku rasa...
tiket pulang sudah di genggaman saya...

wah...xsangke sudah pandai bermadah pujangga...hik3...
bila rasa gembira ini...jangan lupa ucapkan rasa kesyukuran pada ILAHI atas nikmat yang diberi...jgn dikau teringat pada ALLAH hanya ketika susahmu...INGATLAH ALLAH DISETIAP SAAT ALIR NAFASMU.....Amatlah rugi bagi setiap hambaNYA yang melupai akan diriNYA...

Ya ALLAH bagai tiada kata untuk diucap pabila tiket untuk pulang ke tanah air yang tercinta MALAYSIA sudah ade digenggaman tanganku...ALHAMDULILLAH..dan sujud syukur hanya kpadaNYA...



Tertulis rapi namaku di atas sehelai kertas yang baru ku terima dari ejen pembantu menempah tiket 2 hala....iaitu akk semangat nak balek kita kak hanis najwa...jiran umah...hik3...terima kasih diucap kerana menjdi pembantu kepada ketua untuk kita2 nie menempah tiket pulang...hahaha...tahniah atas komitmen yang diberi..memang memuaskan setakat ini...tapi tanpa bantuan ALLAH semua ini tidak akan terjadi...
Amat daku bersyukur padamu ya ILAHI...semoga dikau merahmati diriku,ibu bapaku,keluargaku,guru2 ku,sahabat2ku dan semua umat manusia......



Tarikh keramat yang daku tunggu2.. 7 OGOS 2011.....wahai ibu dan abahku sayang nantikanlah kepulangan anakmu ini.....adik-beradikku yang dirindui...x sabar nak gaduh2 n bebel dengan korang....Ya ALLAH berilah kesabaran dan ketabahan kepada hambamu ini yang lemah dan
dhoif...kerana ALLAH bersama2 orang yang sabar...


KUWAIT AIRLINES....nntikan penumpang setiamu ini...x sabar nk naek dikau...dengar cite klo transit lama ade hotel mantop....sedap telinga mendengar khabor yang gembira ni...smg menjadi realiti...smg segala urusan ini dipermudahkan ALLAH...



Walaupun diberi tempoh cuma 1 bulan 10 hari...daku berharap hari2 ini akan terisi dengan perkara2 yang memberi banyak manfaat kepada diriku dan keluarga ku....dan buat yang berada di sekelilingku....




Smg tiket yang digenggamanku ini akan memberi semangat yang tinggi untuk menempuh segala imtihan2 yang bakal dihadapi.....



Smg usaha yang ku curahkan akan membuahkan hasil yang mantop...



Smg ALLAH memberikan ganjaran setimpal mahupun dengan usaha yang ku lakukan...smg daku redha dan bersyukur dengan segala apa yang ALLAH bakal berikan pada ku....

Smg solat sunat hajat dan solat istikharakh rajin dilakukan....



Buat rakan2 dan sahabatku di JORDAN ini akan berjaya menempuhi sgle imtihan2 yang bakal berlangsung dengan hati yang relax...dan ikhlas...smg ALLAH permudahkan setiap urusanmu...
Buat ahli bayt ku...smg kuat menghadapi sgle imtihan dunia dan ujian ALLAH....
smg dikau semua berjaya di dunia n akhirat...

*JANGAN PERNAH KAU PUTUS ASA DENGAN ALLAH...SANDARKAN LAH SEGALA HARAPAN DAN IMPIANMU HANYA PADA ALLAH....



SELAMAT BERIMTIHAN BUAT SEMUA....BITTAUFIQ WANNAJAH...!!!!!!!!...(^_^)

Wednesday, 9 March 2011

STRAWWBERRY WITH COKLAT...!!!!!

Dimulakan dengan bismillah....(nyanyian lagu raihan)

ok resepi kedua yg bakal ku kongsi ini harap2 yer dpt menceriakan hati2 anda sekalian apabila berjaya membuat dan akhirnya MAKAN LAH....

seperti biasa kenalah ada bahan2 utama....seperti di bawah...

1. mestilah yg wajib ade klo nk wat bende STRAWBERRY....klo x...xde yer nme resepi yer itu...



2. yg kedua paling penting mestila coklat yer...hahaha...kalau x mne ade nme resepi ye strawberry gn coklat....hik3


3.AIR SUAM sikit jer...



4. mestilah SUSU PEKAT...sebagai penambah rasa...xde gambo la plak...ok je kan....hik3...

5. Pinggan atau pon bekas yang comel....



ok selesai bahan...

boleh la kita mulakan skarang...

mula2...

kita campur coklat dan juga susu pekat di dalam mangkuk kecil agar mudah untuK digaul bersama air suam...
sukatan coklat dan susu pekat mengikut cita rasa masing2....

untuk makluman...jangan letak terlalu banyak air suam nya...agar acuan coklat menjadi pekat...kita bukan nk cair2 macam resepi yang pertama kita....

acuan coklat biar pekat melEkat agar mudah untuk dimakan bersama strawberry...

selesai sahaja campuran coklat....susun strawberry di atas pinggan...cantik3 taw...jangan main terabor je...jika terdapat daun strawberry...nak buang ke xnak xkesah...

kemudian curahkan campuaran coklat bersam susu pekat tadi di atas strawberry yang telah disusun cantik di atas pinggan...maka hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah ini...



selesai sudah resepi kedua dari saya berasaskan strawberry....SELAMAT MENCUBA DAN ENJOY MAKANNYA...
KITA SUDAHI DENGAN ALHAMDULILLAH...(versi lagu raihan)

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH...(^_^)

Khas Buat Semua Pelajar Malaysia Di Jordan



PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH (PPI)



ANJURAN :

BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIK

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)

SESI 2010/2011





DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, JORDAN


DENGAN TEMA : "Tatkala minda dan hati berbicara, tinta menari meluah kata"


SASARAN :

Semua pelajar Malaysia yang menuntut Di Jordan dalam program ijazah sarjana muda (Universiti yang diiktiraf)...


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH :


1) Terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di JORDAN dalam program Ijazah Sarjana Muda.


2) Artikel hendaklah ditulis (penulisan sendiri) tetapi sebarang bentuk rujukan yang boleh menyokong idea adalah dibenarkan.


3) Artikel hendaklah ditulis berdasarkan kategori-kategori berikut :

Note : Jika ada yang nak buat lebih dari satu kategori pun boleh, InsyaAllah...


4) Setiap artikel hendaklah disokong dengan hujah-hujah sama ada dari nas-nas al-Quran,Hadith, pendapat-pendapat ulama’ ataupun bukti-bukti dari sirah ketamadunan Islam.Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sandaran hendaklah dinyatakan periwayatnya serta tahqiq dan takhrij hadith tersebut daripada ahli hadith.


5)Artikel hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitiviti mana-mana kaum dan agama lain serta tidak menyentuh isu-isu politik negara.


6)Tulisan hendaklah ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.Sebarang bahasa asing adalah dibenarkan dengan syarat ianya sesuai dengan kaedah-kaedah dan format penulisan.


7)Format penulisan adalah seperti berikut :

  • · Menggunakan font Arial 12
  • · Double spacing
  • · Tidak kurang dari 20 muka surat dan tidak melebihi 80 muka surat,tidak termasuk senarai rujukan.
  • · Menggunakan kertas A4 saiz
  • · Ditulis di dalam Bahasa Melayu

8)Penilaian Artikel :


8.1)Jawatankuasa Penilaian Artikel adalah dari mereka yang dilantik oleh Jawatankuasa Biro Pembangunan Minda & Akademik.


8.2)Penilaian Artikel akan diasaskan kepada perkara-perkara berikut :

  • * Isu artikel
  • * Pengolahan isi yang menarik beserta hujah dan contoh
  • * Data-data sokongan
  • * Bahasa

9)Keputusan pemenang akan dimaklumkan.

Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan adalah MUKTAMAD.


10)Artikel-artikel yang telah dihantar adalah menjadi hak milik penganjur.

Tarikh Tutup Pendaftaran :

11 Mac 2011


manakala...

Tarikh Akhir Penghantaran Karya :

26 April 2011


Yang penting sekarang ni, daftar dulu sebab tarikh pendaftaran berakhir 11 Mac 2011. Jangan Terlewat!


Then, baru start buat karya anda ala-ala tesis


Dapatkan Borang Pendaftaran Segera daripada :

Syabab : Muhammad Hibatul Muqlis Bin Badaruddin 0777107337

Akhawat : Rahil Mohd Ghazali 0777699057


Dan hantar kembali borang pendaftaran sebelum 11 Mac 2011

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002109425552&sk=wall

Video Pertandingan Penulisan Ilmiah :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002109425552&sk=wall#!/video/video.php?v=107197152693932


Anda ada tempoh hampir 2 bulan untuk menyiapkan karya ini dan hadiah lumayan menanti anda...


Jangan Lepaskan peluang ini!


Ayuh, sama2 serlahkan bakat yang terpendam melalui mata pena anda...

Moga Allah permudahkan urusan anda, InsyaAllah....

Wallhu'alam...

Kongsi resepi baru...

ya ALLAH...lme yer daku xmngepost kat blog nie...sunyi jer...hik3...2la...kalo ikot sgt mlas yer...memg sampai bile2 pon xmngepostla jawab yer...kali ni daku gagahkan juga diri ini untuk mngepost di blog nie..hik3...smg ALLAH permudahkn urusanku...
dimulakan dgn bacaan ....

.....بسم الله الرحمن الرحيم

xthula nk bg ape nme kat resepi bru nie...tahla...errrmmm....

1.strawberry choclate with biscuits...???

2.biskut bersame coklat dgn strawberry..???

xke same jer...suke hatila...klo nk letak inggeris ker...melayu ker...yg penting halalan toyyibah...

ok...kite mulekan dr skrg...

Bahan2 utama yang diperlukan...

1.mestila STRAWBERRY...klo x...xjdk la...


2.biskut...xkesah nk letak BISKUT ape...yg penting halal n sedap dimkan...n murah...

3.ha...jgn dilupe COKLAT yer...tp...daku guna coklat serbukla...tp klo jordan...coklat jenama winner yg berharga 1 JD je...yg boleh buat air hot coklat uuu...



4. sedikit AIR SUAM bagi mencairkan serbuk coklat winner kite...klo x...xjadik la...hik3...


5.sedikit GULA bagi sebagai penambah rase.

6.sedikit SUSU TEPUNG...bagi yang tidak menyukai susu tepung...anda bole tukar kepada SUSU PEKAT...


itu sahaja bahan2 yang diperlukan...tp...itu baru bahan basahan...jgn lpe bekas untuk membuat desert nie......

skrg apabila sudah tersedia semua bahan2 yer bolehla kite mulakan...

mula2...kita potong kecil2 strawberry nya...agar nmpak comel gitu...dan agar mudah untuk di makan..



kemudian...

kita hancur2kan biskut supaya menjadi serpihan kecil,tp jangan kecil sangat dan jangan besar sangat...tapi sebenarnya ikot suka orang yang membuat...ikot citarasa sendiri...



selepas itu...bahan yang telah disatukan di dalam bekas seperti gambar di bawah...

kita campurkan bersama sedikit air suam ala2 panas..jangan sejuk nanti serbuk coklat xcair...
sukatan bagi bahan2 di atas ikot citarasa...bg yg suka coklat..letaklah serbuk coklat banyak...kalau yang suka manis letaklah gula atau susu pekat banyak sikit...kemudian ia akan menjadi begini...

selesai sahaja campuran tersebut...masukkan sahaja bahan2 yang telah dipotong comel2 di atas...


1.strawberry digaul bersama...seperti gambar dibawah...


2.kemudian gaul bersama biskut yang telah dihancurkan tadi...

SELAMAT MENCUBA RESEPI BARU INI...DAN SELAMAT MENIKMAT YER DI MUSIM SYITA' INI...JANGAN LUPA UCAP ALHAMDULILLAH SETELAH SELESAI SEGALA NYA...

MA3ASSALAMAH....SEKIAN SAHAJA DARI SAYA....




Sunday, 9 January 2011

SAHABATKU sekalian~~

Ku layarkan kerinduan di lautan memori

Mengimbau kenangan indah yangg menyentuh emosi

Masih segar di ingatan saat mesra berputik

Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat…

Kau sesungguhnya

Teman ku dikala suka dan lara

Tika ku buntu di selubungi sendu

Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman

Bagaikan embun hilang di terbit fajar

Kau pergi jauh mengejar cita

Menggapai redha yg ESA

Duhai sahabat…

Dengarkanlah bicara hatiku ini

Mestipun jarak memisahkan

Namun tiada noktah kasih

Biarlah waktu menentukan

Nilai ukhwah terjalin

Teruskanlah perjuangan

Hingga ke titisan darah terakhir

Sahabat…

Kau sesungguhnya temanku

Dikala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu

Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman

Bagai embun hilang di terbit fajar

Kau pergi jauh mengejar cita

Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat…

Dengarkanlah bicara hatiku ini

Mestipun jarak memisahkan

Namun tiada noktah kasih

Biarlah waktu menentukan

Nilai ukhwah terjalin

Teruskanlah perjuangan

Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini

Terus mendaki puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti

Saat yang manis akan berulang kmbali

Sahabat…..

  • lagu ini membawa maksud yang mendalam dan sedikit sebanyak ada kaitannya dengan diriku ini...daku dedikasi lagu khas dendangan kumpulan DEVOTEES ini untuk kalian...smg berkekalan ukhuwah kita hingga akhir hayat dan berterusan hingga di akhirat nanti...UKHUWAH FILLAH...UHIBBUKUM FILLAH...smg berjaya di dunia dan akhirat dan smg di dalam rahmat dan lindungan ALLAH ....

Friday, 7 January 2011

selamt sudah...!!!!!!!

ALHAMDULILLAH....

slmt sudah aq nk wat blog nie....sbnryer...blog ni da lme da tercipta...tp x terdesign n di edit jer....tambhn x terpost pape pon...hik3...lme sgt x tgk blog ni smpai lpe pernh ade akaun blog nie...hari nie bru terdetik nk usha2 nk wat blog nie...xsgke plak da ade blog rupe ye aq nie...hik3...seng sikit kje..xyohla nk isi itu ini.... INSHAALLAH...slps ini...bersme yer blog bru terhasil ini akn diikuti dgn post2 yg terbru...harap2 yer post2 yg bermanfaat kpd diriku n sume skali...doa2la ye...trm ksih kpd yg mendoakn...

Recent Comments